BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 27, 2012

T.A.N.G.G.U.N.G.J.A.W.A.B

T A N G G U N G J A W A B
Dua kata berbeza makna
Tanggung-pikul
Jawab-sahut
Namun gabung jalin pikulsahut ini sangat pelik malah jengkel..
Ia bukan sekadar pikulsahut malah lebih dari itu..
Kerna itu ia disebut tanggungjawab
"Sedia menerima kewajiban"
Mudah untuk dibaca
Sukar untuk dilaksana
Boleh hadir dengan rela
Datang dengan paksa
Kekadang paksarela
Biar lemas dalam paksa
Biar sedar dengan rela
Tenggelam timbul paksarela
Anak dan Isteri,tanggungjawab
Cuma bilangan tentukan sendiri
Kerja,tanggungjawab
Terpulang keikhlasan hati
Yang paling besar
Pengurusan diri
Antara hidup ataupun mati!
Untuk membuat keputusan
Hanya
Iman dan akal
Atau
Nafsu dan hati
Dalam membuat keputusan
Melarikan diri juga pilihan majoriti
Mungkin hindar lebih mudah dari hadap
Berkasih,buat anak - nafsu
Anak luar nikah,buang - hindar
Berkasih,buat anak - iman
Anak sah taraf,bela - hadap
Ternyata
Formula nafsuhindar lebih mudah
Kerna hindar tiada tanggungjawab keluarga
Berbanding imanhadap
Dalam hadap kewajiban dan tugas sudah tersedia
Tapi sampai bila?
Hinggakan hindar sudah jemu
Hadap datang bertamu
Ia perlu diredah biar sampai rabak
Biar sampai koyak
Agar selamat akhirat kelak..

No comments:

Post a Comment